? ??????????????Purple Dreams? ????? ?? ???Rating: 4.6 (18 Ratings)??3 Grabs Today. 22426 Total Grabs. ???
???Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Future Stars Will Be Dim? ????? ?? ???Rating: 4.3 (3 Ratings)??2 Grabs Today. 7193 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????M BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday 14 November 2009

PROSES LULUHAWA

1. Definasi “luluhawa”
Luluhawa ialah proses pemecahan batuan dan pereputan batuan secara
semulajadi dan “insitu” ( pecah di situ juga ) oleh agen-agen luluhawa seperti air
hujan, haba matahari,ibun, akar tumbuhan dan haiwan.

2. Berdasarkan kepada cara batuan pecah secara semulajadi, proses luluhawa
boleh dikelaskan kepada 3 jenis, iaitu luluhawa mekanika, luluhawa kimia dan
luluhawa biotik.

3. Luluhawa mekanika

3.1 Definesi – Luluhawa mekanika ialah proses pemecahan dan penguraiana
batuan secara semulajadi dengan mengakibatkan perubahan fizikal batuan
tanpa mengubah kandungan mineralnya.

3.2 Proses pemecahan batuan melalui luluhawa mekanika berlaku akibat
tindakan ibu (ais atau fros), penghabluran garam, pelepasan
tekanan,proses basah-kering dan perubahan suhu yang ekstrem.

3.3 Proses tindakan ibun berlaku di kawasan beriklim sejuk,iklim hawa
sederhana dan di pergunungan yang tinggi yang sejuk hingga terdapat
ais. Pada musim panas, air hujan atau ais yang cair akan masuk ke dalam
rekahan batuan. Pada musim dingin, air tersebut akan membeku di dalam
rekahan batuan membentuk ibun (ais). Pembekuan air ini akan
menyebabkan ais tersebut mengembang dan membaji atau menyengkang
rekahan batuan sehingga pecah.

3.4 Proses penghabluran garam berlaku di kawasan beriklim kering seperti
gurun atau hampir gurun. Semasa hujan air akan melarutkan mineral
garam seperti naterium klorida,kasium sulfat (gypsum) dan naterium
karbonat ( batu kapur) membentuk larutan garam di celah rekahan batuan.
Haba matahari akan menyejat larutan garam tersebut membentuk hablur
garam. Proses penghabluran garam ini akan menyebabkan hablur garam
tersebut mengembang dan memberi tekanan kepada rekahan
batuan.Lama-kelamaan rekahan batuan membesar dan pecah.( Proses ini
hampir sama dengan tindakan ibun )

3.5 Proses pelepasan tekanan berlaku pada batuan yang terdapat di dalam
lapisan kerak bumi yang terdedah akibat hakisan tanah permukaan bumi.
Kegiatan manusia meratakan tanah atau menarah cerun boleh
mendedahkan batuan dalam bumi ke permukaan.Lapisan tanah atas yang
terhakis atau dibuang akan mengurangkan beban atau tekanan ke atas
batuan. Batuan akhirnya boleh mengembang menyebabkan berlakunya
retakan dan kulit luar batuan mengelupas. Batuan yang terkelupas ini
membentuk kubah kelupasan.

3.6 Proses basah-kering yang berulang berlaku pada batuan di tepi pantai
atau di tebing sungai atau di pinggir tasik. Proses ini juga berlaku apabila
hari hujan silih berganti dengan hari kering. Apabila air pasang di sungai
,laut dan kehadiran ombak atau hujan turun, batuan akan basah dan
akibat dimasukki air. Batuan atau tanih yang basah akan
mengembang.Apabila air surut atau hari kering, batuan tersebut akan
menjadi kering kerana air disejat oleh haba matahari. Batuan yang kering
itu akan merekah dan pecah.

3.7 Proses perubahan suhu eksrem berlaku di kawasan gurun panas kerana
terdapat perbezaan suhu harian yang besar. Pada waktu siang suhu di
gurun panas boleh mencapai sehingga 40-50°C. Keadaan yang kurang
hujan dan kering kontang turut menyumbang kepada keberkesanan proses
luluhawa ini. Keadaan ini boleh menyebabkan mineral batuan
mengembang. Pada waktu malam pula, suhu boleh jatuh sehingga takat
beku (0°C). Keadaan ini menyebabkan batuan tersebut menguncup. Proses
kembang-kecut ini akan menyebabkan batuan retak dan pecah. Melalui
proses perubahan suhu ekstrem ini batuan akan pecah dalam tiga bentuk
iaitu pemecahan secara bungkah, pemecahan secara berbutir
(relai,hancur) dan pecah terkelupas.

4. Luluhawa Kimia

4.1 Definesi – Luluhawa kimia ialah proses pemecahan dan penguraian batuan
melalui proses larutan yang menyebabkan perubahan bentuk dan
kandungan mineral batuan.

4.2 Agen utama pelaku luluhawa kimia ialah air hujan, gas oksigen dan gas
karbon dioksida. Keadaan hujan yang lebat sangat menggalakkan
berlakunya luluhawa kimia terutama di kawasan tropika lembab. Di
samping itu, suhu topika yang tinggi mempercepatkan proses larutan
kerana air yang panas (akibat suhu tinggi) lebih cepat melarutkan mineral
batuan .

4.3 Terdapat lima cara atau proses larutan yang menyebabkan batuan pecah
dan terurai iaitu proses pengkarbonan, pengoksidaan,hidrolisis,larutan
mudah dan penghidratan.

4.4 Proses pengkarbonan berlaku ke atas batu kapur. Air hujan akan
bercampur dengan gas karbn dioksida membentuk asid karbonik lemah.
Asid karbonik ini akan melarutkan karbonat (kapur) di dalam batu kapur.
Larutan ini akan menyebabkan batu kapur berlubang-lubang, berongga
atau pecah. Panorama di kawasan bukit batu kapur atau kawasan karst
memperlihatkan bentuk lubang langgah, dolin,gua,
stalaktit,stalakmit,lohong bawah tanah dan sungai bawah tanah.( Rajah:
3.5 ms:52)

4.5 Proses pengoksidaan berlaku apabila air bercampur gas oksgen
melarutkan mineral besi (ferum) dalam batuan membentuk larutan ferik
oksida ( ferum dioksida).Larutan ini akan melemahkan batuan dan akhirnya
memecahkan batuan tersebut. Kesan yang dapat dilihat ialah batuan
menjadi seperti berkarat, kemerahan dan rapuh.

4.6 Proses hidrolisis berlaku apabila air bertindakbalas dengan batuan yang
mengandungi feldspar atau mika di dalam batuan granit . Akibat larutan
tersebut, feldsfar atau mika akan bertukar menjadi kaolin ( sejenis tanah
liat yang lembut yang boleh digunakan untuk membuat tembikar ).

4.7 Proses larutan mudah berlaku apabila air melarutkan mineral batuan atau
tanih yang menjadikan batuan atau tanih tersebut poros dan pecah dengan
mudah. Misalnya batuan atau tanih di tebing sungai atau di kawasan
tropika yang menerima hujan lebat.

4.8 Proses penghidratan berlaku apabila air melarutkan mineral batuan
membentuk mineral baru dalam batuan tersebut. Misalnya mineral anhidrit
larut dengan air membentuk gypsum yang mudah pecah. Air melarutkan
mineral hematit membentuk limonit.

5. Luluhawa Organik ( Biotik/Hayat)

5.1 Definesi – Luluhawa organik ialah proses pemecahan, penguraian dan
pereputan batuan oleh agen hidupan seperti akar pokok , bakteria,
manusia dan haiwan yang hidup dalam tanah.

5.2 Tindakan akar pokok berlaku apabila akar pokok yang semakin membesar
memasukki rekahan batuan. Pembesaran akar ini akan menyebabkan
rekahan batuan dibaji atau disengkang oleh akar pokok.Akhirnya batuan
tersebut pecah. Di kawasan tropika lembab atau khatulistiwa luluhawa
organic oleh akar ini amat berkesan kerana hujan yang lebat menyebabkan
pertumbuhan hutan yang padat dan cepat.

5.3 Bakteria pula memecahkan dan mereputkan batuan melalui proses
pereputan. Kehadiran air ke atas batuan akan mempercepatkan proses
pereputan batuan.

5.4 Manusia boleh membantu luluhawa melalui kerja-kerja yang boleh
mendedahkan batuan kepada haba matahari serta siraman air hujan. Kerja
membina jalan raya, melombong, pertanian menyebabkan batuan
terdedah kepada tindakan haba panas matahari ( proses pengembangan
dan pengecutan batuan) , pelepasan tekanan dan tindakan air hujan
( larutan kimia batuan ).

5.5 Haiwan yang hidup dalam tanah akan membantu kemasukkan air ke dalam
tanah. Air tersebut akan terkenan batuan dalam tanah dan melarutkan
mineralnya.

0 comments: