? ??????????????Purple Dreams? ????? ?? ???Rating: 4.6 (18 Ratings)??3 Grabs Today. 22426 Total Grabs. ???
???Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Future Stars Will Be Dim? ????? ?? ???Rating: 4.3 (3 Ratings)??2 Grabs Today. 7193 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????M BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday 2 December 2009

Paleon Lab

 

 

 
Posted by Picasa

Lab PaLeOnToLoGy

Gambar ni waktu lab paleontology. masa buat keratan nipis nak cari fosil foraminifera. memang best giler la...potong2 batu. tapi once u x carefull memang jari yg jadi fosil =P . lagi satu bila ada kesilapan dalam satu step tu kena ulang semula proses ni dari mula.

 

 

 

 
Posted by Picasa

Tuesday 1 December 2009

Geology Definition

Pernah dengar apa itu GEOLOGI? Kalau x pernah dengar meh sini kita cerita sikit pasal Geologi. Apa benda Geologi tu?
GEOLOGI berasal daripada perkataan Greek iaitu ‘Geos’ yang bermaksud BUMI manakala ‘Logos’ bermaksud KAJI. Jadi dapat lah di simpulkan di sini GEOLOGI membawa maksud kajian mengenai bumi, bahan yang membentuknya, struktur bahan tersebut, dan proses yang berlaku sesama mereka. Bahagian paling penting dalam Geologi ialah kajian mengenai bagaimana bahan bumi, struktur, proses, dan organisma yang mengalami perubahan dari masa ke masa.
Seseorang yang berkecimpung dalam bidang ini dipanggil sebagai AHLI GEOLOGI ataupun GEOLOGIST. Apa pula tugas ahli geologi ini?
Kerja ahli geologi adalah untuk memahami sejarah planet kita ini. Semakin dalam mereka memahami sejarah Bumi ini semakin dalam mereka boleh melihat bagaimana perkara dan proses pada masa lampau mempengaruhi masa hadapan. Seorang ahli geologi perlu sentiasa berpegang dengan kata-kata “Past and Present is the Key To The Future”. Sebagai contoh :
Ahli Geologi mengkaji proses bumi : Kebanyakan proses seperti tanah runtuh, gempa bumi, banjir, dan letupan gunung berapi boleh membahayakan manusia. Tanggungjawab ahli geologi untuk memahami proses ini dengan lebih mendalam untuk mengelakkkan struktur penting sesebuah bangunan yang berkemungkinan untuk musnah. Sekiranya ahli geologi boleh menyediakan peta untuk kawasan yang pernah mengalami banjir pada masa dahulu mereka boleh menyediakan peta kawasan yang berkemungkinan untuk mengalami banjir pada masa akan datang. Peta ini boleh digunakan sebagai panduan untuk komuniti pembangunan dan menentukan di mana perlindungan banjir ataupun insurans banjir diperlukan.
Ahli Geologi mengkaji bahan-bahan bumi : Setiap hari maniusia menggunakan bahan-bahan yang sumbernya diperolehi daripada bumi. Mereka menggunakan minyak yang diperolehi daripada perigi, logam yang dihasilkan melalui perlombongan, dan air yang diperolehi daripada sungai ataupun dari bawah tanah. Ahli geologi menjalankan kajian yang mengenal pasti kawasan batuan yang mengandungi logam penting, merancang perlombongan yang menghasilkan logam tersebut, dan cara-cara yang digunakan untuk menghasilkan logam tersebut daripada batuan. Mereka juga menjalankan kajian yang sama untuk mengenal pasti lokasi dan bagaimana untuk menghasilkan minyak, gas semula jadi, dan air bawah tanah.
Ahli Geologi mengkaji sejarah bumi : Pada masa sekarang kita semakin prihatin mengenai perubahan cuaca dunia. Kebanyakan ahli geologi bekerja untuk mengkaji bagaimana cuaca bumi pada masa dahulu dan bagaimana ia berubah dari masa ke semasa. Maklumat ini amat berguna untuk memahami bagaimana cuaca pada masa sekarang berubah dan apakah kesannya nanti.
Aku mengambil kursus Geologi di Universiti Malaysia Sabah. 3 tahun akan datang INSYA ALLAH aku akan keluar dengan memegang Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Geologi). Jadi doa-doakan lah kejayaan ku untuk aku berkhidmat kepada bumi, cakerawala dan manusia sejagat. (^_^)
Persoalannya di sini dengan memegang ijazah dalam bidang geologi apa peluang pekerjaan bila aku keluar nanti? Zaman sekarang ni berlambak graduan yang tidak mempunyai pekerjaan akibat daripada salah pilih kursus, jadi nasihat untuk yang di luar sana bila masuk university pandai-pandai pilih kursus yang mempunyai peluang pekerjaan yang tinggi. Jangan hanya ambil popularity sahaja jadi mahasiswa mahasiswi university tapi kursus yang di ambil tidak menjanjikan apa-apa peluang pekerjaan dan masa depan yang cerah. Jadi, berbalik kepada peluang pekerjaan dalam bidang geologi, kerjaya dalam bidang ini boleh menjadi sangat menarik dan bermanfaat. Latihan minimum yang diperlukan di Malaysia adalah 3 tahun peringkat sarjana dalam bidang geologi. Pra-mahasiswa yang tertarik untuk menjadi ahli geologi perlu membuat kurikulum penuh kursus persediaan university, terutama dalam matematik, sains, dan menulis. Kursus yang berkaitan dengan computer, geografi, dan komunikasi juga membantu.
Ahli geologi boleh bekerja dalam pelbagai bidang. Ini termasuk syarikat pengurusan sumber alam, syarikat perundingan alam sekitar, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, dan university. Kebanyakan pakar geologi menjalankan kerja lapangan sepanjang masa. Sebahagiannya menghabiskan masa di makmal, bilik darjah, ataupun pejabat. Semua ahli geologi membuat laporan, pengiraan, dan computer.
Walaupun peringkat sarjana diperlukan untuk memasuki pasaran pekerjaan, kebanyakan ahli geologi juga mengambil peringkat master ataupun doktor falsafah. Semakin tinggi tahap ijazah yang dimiliki oleh seseorang itu semakin tinggi tahap latihan yang disediakan, selalunya dalam pengkhususan geologi dalam paleontologi, mineralogi, hidrologi, ataupun volknanologi. Ahli geologi yang memegang ijazah peringkat tinggi selalunya memenuhi syarat untuk membolehkan ahli geologi tersebut memegang posisi supervisor, tugas penyelidikan, ataupun sebagai pensyarah di university. Ini merupakan antara bidang yang kebiasannya di cari oleh para graduan geologi selepas menamatkan pengajian. Tetapi sebenarnya banyak lagi yang berkaitan dengan geologi.
Peluang pekerjaan untuk ahli geologi sangat baik. Kebanyakan graduan geologi yang mempunyai latar belakang akademik yang kukuh dan cemerlang tidak akan mempunyai masalah dalam mencari pekerjaan sekiranya mereka sanggup untuk berpindah ke kawasan di mana sesuatu pekerjaan itu diperlukan. Seperti yang kita tahu kalau mahu berkecimpung dalam bidang volkanologi takkan la mahu menetap di Malaysia pula kan....di mana mau cari gunung berapi? Adapun gunung berapi yang telah mati, gunug Kinabalu. Jadi terpaksa la pergi ke kawasan yang ada gunung berapi baru boleh buat kajian. Kalau di Malaysia ni prospek kerjaya geologi adalah sebagai ahli Geosains di Jabatan Kerajaan, Institusi Pengajian Tinggi dan Syarikat Swasta seperti dalam Industri Petroleum, Perlombongan, Pembinaan dan Pelancongan.