? ??????????????Purple Dreams? ????? ?? ???Rating: 4.6 (18 Ratings)??3 Grabs Today. 22426 Total Grabs. ???
???Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Future Stars Will Be Dim? ????? ?? ???Rating: 4.3 (3 Ratings)??2 Grabs Today. 7193 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????M BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday 30 November 2009

Gempa Bumi

Gempa bumi lemah di Kuala Pilah

KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah berukuran 3.3 pada skala Richter berlaku di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, awal pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini hari ini, gempa bumi itu berlaku jam 12.15 pagi dan berpusat di 22km timur Seremban.

Bagaimanapun, tiada gegaran dirasai akibat gempa bumi itu, menurut kenyataan itu. - Bernama

GEMPA bumi ialah gegaran bumi yang disebabkan oleh rekahan dan penganjakan sebahagian besar lapisan luar batuan bumi secara tiba-tiba. Gempa bumi yang kuat mampu untuk membebaskan tenaga 10,000 kali ganda lebih banyak daripada tenaga yang dibebaskan oleh ledakan bom atom yang menghancurkan Hiroshima pada 6 Ogos 1945 dan Nagasaki pada 9 Ogos 1945 di Jepun.

Gempa bumi boleh mencetuskan tanah runtuh, menyebabkan kerosakan
serta kehilangan nyawa dan sekiranya ia terjadi di dasar lautan ia
boleh mencipta siri ombak besar pemusnah yang dikenali sebagai
tsunami atau ombak laut seismos seperti yang melanda Acheh pada
26 Disember 2004.

Kebanyakan gempa bumi terjadi di sepanjang sesar iaitu rekahan di
dalam lapisan luar batuan bumi di mana bahagian batuan menggelongsor berulang kali melepasi antara
satu sama lain. Sesar berlaku di kawasan batuan bumi yang lemah.

Tekanan di dalam bumi menyebabkan bongkah batuan yang besar di sepanjang sesar menjadi terikan. Apabila terikan menjadi terlalu
kuat, batuan akan merekah dan pecah hingga membentuk kedudukan
baru yang menyebabkan berlakunya gegaran gempa bumi. Apabila
gempa bumi berlaku, batuan yang merekah dengan hebat itu akan
membebaskan getaran yang dikenali sebagai gelombang seismos.
Gelombang ini bergerak keluar dari pusat gempa dalam semua arah
dan ia secara beransur-ansur menjadi lemah. Oleh sebab itu, umumnya
bumi semakin kurang mengalami gegaran pada tempat yang semakin
jauh dari pusat gempa.

Bagi menentukan kekuatan dan lokasi gempa bumi, ahli sains menggunakan alat merekodkan gempa bumi yang dikenali sebagai
seismograf. Seismograf yang dilengkapi dengan deria yang dikenali
sebagai seismometer mampu untuk mengesan pergerakan bumi
yang disebabkan gelombang seismos dari tempat yang jauh dan yang
berdekatan dengan pusat gempa. Seismometer juga berkebolehan untuk mengesan pergerakan bumi sekecil seratus per sejuta bagi setiap
satu sentimeter. Pergerakan bumi seismos diukur dalam tiga arah iaitu
atas-bawah, utara-selatan dan timur- barat. Setiap arah tersebut diukur
menggunakan penderia yang berasingan. Alat seismograf mengeluarkan
garis bergelombang yang menggambarkan saiz gelombang seismos yang lalu di bawahnya. Rekod gelombang tersebut dikenali sebagai
seismogram boleh diterakan pada kertas, filem, pita rakaman atau disimpan dan dipaparkan oleh komputer.

Tolok yang paling terkenal untuk mengukur kekuatan gempa bumi
ialah skala magnitud Richter atau lebih dikenali sebagai skala Richter
yang diperkenalkan pada tahun 1935 oleh Charles F. Richter. Ia mengukur pergerakan bumi yang disebabkan oleh gempa bumi di mana
setiap pertambahan satu nombor dalam magnitud bermakna tenaga
yang dibebaskan oleh gempa adalah 32 kali ganda lebih besar.

Walau bagaimanapun, ahli sains lebih gemar menerangkan gempa
bumi yang lebih besar daripada 7.0 pada skala magnitud momen. Skala
magnitud momen mengukur jumlah tenaga yang dibebaskan dengan
lebih jitu berbanding dengan penerangan yang diberikan oleh skala
Richter.

Ahli sains menentukan lokasi gempa bumi dengan mengukur masa
yang diambil oleh gelombang jasad untuk sampai pada seismograf
paling minimum tiga lokasi. Berdasarkan masa sampainya gelombang
ini, ahli seismologi akan mengukur jarak gempa bumi dari setiap satu seismograf. Sebaik sahaja mereka mengetahui jarak gempa bumi dari tiga lokasi, mereka boleh mencari fokus gempa pada pusat ketiga-tiga lokasi tersebut. Ahli seismologi boleh membuat ramalan jangka panjang yang agak tepat tentang tempat yang akan berlakunya gempa bumi. Kebanyakannya berlaku di sepanjang kawasan yang mengelilingi Lautan Pasifik yang lebih dikenali sebagai Lingkaran Api kerana ia mempunyai
banyak gunung berapi, kejadian gempa bumi dan pelbagai aktiviti
penyelidikan geologi di sana.



Gempa bumi merupakan pergerakan atau gegaran secara tiba-tiba yang terhasil pada kerak bumi akibat daripada pembebasan tenaga yang tersimpan di dalam batuan di permukaan bumi secara tiba-tiba.

Kenapa pula bumi boleh tiba-tiba bergerak? Ini kerana adanya gelombang seismik. Gelombang ini merupakan gelombang tenaga yang dihasilkan oleh gempa bumi. Gelombang ini yang menyebabkan gegaran pada tanah semasa berlakunya gempa bumi.

Terdapat 2 jenis gelombang seismik yang terhasil semasa gempa bumi iaitu Body Waves dan Surface Waves.

Body waves merupakan gelombang yang bergerak melalui bawah kerak bumi manakala surface waves pula sebaliknya.

Body waves pula dibahagikan kepada 2 jenis iaitu Gelombang P (Primary waves) dan Gelombang S (Secondary waves).
Gelombang P merupakan pemampatan gelombang di mana batuan bergetar kehadapan dan kebelakang selari dengan arah perambatan gelombang. Ia merupakan gelombang yang sangat laju dan merupakan gelombang yang pertama terekod pada seismogram dan diikuti dengan gempa bumi.
Gelombang S pula lebih lambat dan gelombang melintang yang bergerak melalui batuan yang hampir pada permukaan kerak bumi. (Senang mau ingat Prof. kami cakap S-waves ni bergerak mcm pacat b’gerak...hahaha... credit to Prof. Sanudin, UMS. :-))
Kedua-dua gelombang P dan S ini dapat bergerak melalui batuan pejal dengan mudah. So, apa bezanya? Gelombang P boleh juga bergerak melalui bendalir sama ada gas ataupun cecair manakala gelombang S tidak boleh.

Now, let’s move on to the Surface waves. Gelombang ini merupakan gelombang yang sangat-sangat lah perlahan yang dihasilkan oleh gempa bumi. Tapi jangan pandang remeh dengan surface waves ni sebab ia boleh mengakibatkan kemusnahan harta benda yang besar berbanding Body waves kerana ia lebih menghasilkan pergerakan tanah dan bergerak dengan perlahan, jadi ia mengambil masa yang lama untuk lalu.

Sama seperti Body waves, Surface waves ini juga terbahagi kepada 2 iaitu Love waves dan Reyleigh waves.
Love waves hampir sama seperti s waves iaitu tidak mempunyai sesaran tegak. Tanah bergerak dari sisi ke sisi dalam satah mendatar yang selari debgan arah pergerakan gelombang. Seperti S waves juga, Love waves tidak boleh bergerak melalui bendalir dan tidak akan sampai pada permukaan air. Love waves cenderung meruntuhkan bangunan dan jambatan.
Rayleigh waves bergerak sama seperti pergerakan ombak di lautan. Tapi tidak seperti ombak sebenar, Rayleigh waves ini mengakibatkan tanah bergerak dalam pergerakan elips bertentangan dengan arah pergerakan gelombang. Ia lebih cenderung memusnahkan bangunan kerana ia menghasilkan lebih pergerakan tanah dan mengambil masa yang lama untuk lalu.

0 comments: