? ??????????????Purple Dreams? ????? ?? ???Rating: 4.6 (18 Ratings)??3 Grabs Today. 22426 Total Grabs. ???
???Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Future Stars Will Be Dim? ????? ?? ???Rating: 4.3 (3 Ratings)??2 Grabs Today. 7193 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????M BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday 20 November 2009

Friday, 20 November 2009, 4.35pm, Mendung

Im so bored right now.... Cuaca lg mendung. i hate this weather. SIGH!
apa2 pn jom share sinopsis subjek2 yg akan aku ambil sepanjang 3 thn d UMS ni.
Agak2 senang x subjek2 ni smua =P


STRUKTUR KURSUS PROGRAM GEOLOGI

SINOPSIS DAN RUJUKAN UTAMA KURSUS PROGRAM GEOLOGI

SG 1013 GEOLOGI ASAS I

Kursus ini membincangkan mengenai sistem alam raya, galaksi dan sistem matahari untuk memperkenalkan kepada pelajar bahawa bumi ini sebahagian daripada sistem berkenaan. Teori-teori kewujudan bumi juga disentuh dalam pengenalan ini. Seterusnya membincangkan perkembangan, sifat-sifat fizik dan struktur dalam bumi. Penentuan skala masa geologi dan penentuan usia geologi turut diperkenalkan. Ini diikuti dengan perbincangan mengenai proses-proses endogen serta teori tektonik keping dan hanyutan benua. Proses-proses eksogen serta sifat-sifat muka bumi juga dijelaskan, termasuk luluhawa, hakisan, angkutan, dan kerja-kerja yang dilakukan oleh agen-agen pengangkut; iaitu air, angin, glasier dan ombak, termasuk juga pengendapan, perataan dan susutan darat. Pengenalan mengenai sumber-sumber bumi sebagai bahan ekonomi juga akan diperkenalkan.

Rujukan

Compton R.R. 1985. Geology in the field. John Wiley and Sons, Singapore.

Brian, J.S. and C.P. Stephen 1995. The dynamic earth - An Introduction to Physical Geology. Wiley, New York.

Frederick, K.L. and J.T. Edward 1995. Essentials of Geology. Prentice Hall, New Jersey.

Hassan, M.A. 1986. Latihan Peta dan Pengenalan Kepada Peta-Peta Geologi. DBP, K.L.

Tjia, H.D. 1984. Latihan peta geologi. Penerbit UKM, K.L.



SG1023 GEOLOGI ASAS II
Kursus ini merangkumi tiga (3) bidang perkuliahan iaitu: 1) Kaji Batuan/Litologi 2) Kaji Mineral (Mineralogi) dan 3) Kaji Hablur (Kristalografi). Kaji Batuan - mempelajari jenis-jenis batuan igneus dan metamorfik; identifikasi (pengecaman); Klasifikasi; Mineralogi dan Petrogenesis/Origin/Asalmula: Kaji Mineral - mempelajari kumpulan-kumpulan mineral; sifat-sifat mineral; proses pembentukan mineral silikat dan mineral bukan silikat; Penjelajahan/Carigali mineral/bijih. Kaji Hablur (Kristalografi) - mempelajari sistem hablur; 32 Kelas hablur; Paksi paksi (a, b, c); Sudut antara paksi hablur (b^c=, c^a=, a^b=); Bentuk hablur; Indikasi Miller; Habit hablur; Zon; Kembaran; Simetri hablur (A; m; c); Projeksi stereografik (Jaringan Wulff).

Rujukan

Brocardo, G., 1982. Minerals & Gemstones: An Identification Guide. (English translation by Lucia Wildt). David & Charles, New Abbot, London. 219 ms.

Deer, W.A., Howie, R.A. and Zussman, J., 1992. An Introduction to the Rock-Forming Minerals. 2nd Edition. Longman Scientific & Technical, Hong Kong. 696 ms.

Klein, C. and JR Hurtburt, C.S., 1985. Manual of Mineralogy. John Wiley % Sons, New York. 596 ms.

Read, H.H. and Watson, J., 1984. Beginning Geology. MacMillan Education Ltd, London. 246 ms.

Sorrell, C.A. and Sandstrom, G.F., 1982. The Rocks and Minerals of the World. Collins, St. James’s, London. 288 ms.


SG 1043 PALEONTOLOGI
Kursus ini akan membincangkan asas-asas paleontologi dan kepentingannya dalam bidang geologi. Kursus ini merangkumi jenis-jenis fosil fauna terutamanya jenis fosil penunjuk yang digunakan dalam stratigrafi dunia. Sebahagian besar kandungannya akan membincangkan tentang sistematikfosil, pencirian fosil-fosil penting dan penentuan usia batuan.

Rujukan

Benton, J.M., Harper, D.A.T & D. Benton, 1997. Basic Paleontology. Addison-Wesley Pub.
Haq, B.U. & A. Boersma (ed.), 1998. Introduction to Marine Microplaeontology. Elsevier Science Ltd.
Andrew B.S. 1994. Systematic and Fossil Record. Blackwell Scientific Publ. London.
John C. 1990. Paleontology of Vetebrates. Springer-Verlag, Tokyo.
Thompson G.R., J. Turk and H.L. Levin 1995. Earth: Past and Present. Harcout Brace College, London.


SG1113 GEOMORFOLOGI DAN PETA GEOLOGI
Kursus ini menerangkan bentuk muka bumi serta proses-proses geologi yang bertindak ke atasnya seperti luluhawa, hakisan, pengangkutan, pengendapan dan pergerakan jisim. Ia merangkumi kajian bentuk-bentuk morfologi sistem sungai, sistem pantai, gurun dan glasier. Morfologi kawasan terlipat, tersesar, batu kapur dan volkano juga akan diterangkan. Asas pentafsiran peta geologi turut ditekankan.

Rujukan

Ritter, D.F., Kochel, R.C. & J.R. Miller, 1994. Process Geomorphology. WCB/McGraw-Hill.
Summerfield, M.A., 1999. Geomorphology and Global Tectonics. Wiley-Liss.
Tjia. H. D, 1980. Geomorfologi. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Michael F.T. 1987. Geomorfologi Tropika. Terjemahan Ismail Ahmad. DBP, Kuala Lumpur.
Hassan, M.A. 1986. Latihan Peta dan Pengenalan Kepada Peta-Peta Geologi. DBP, K.L.


SG1123 MINERALOGI DAN PETROGRAFI
Kursus ini akan menerangkan ciri-ciri umum (struktur dan komposisi) mineral dan sifat fizikal (sistem dan bentuk hablur, ira, kekerasan, ketumpatan, warna) yang digunakan untuk mengenalinya. Tumpuan akan diberikan kepada mineral-mineral silikat dan bukan silikat yang membentuk tiga jenis batuan utama, iaitu batuan igneus, batuan sedimen dan batuan metamorf. Kursus ini juga akan mempelajari sifat-sifat optik mineral-mineral utama dan jenis-jenis tekstur batuan.

Rujukan

Deer, W.A., Howie, R.A. and Zussman, J., 1992. An Introduction to the Rock-Forming Minerals. 2nd Edition. Longman Scientific & Technical, Hong Kong.
Klein, C. & Hurtburt, C.S., 1998. Manual of Mineralogy. 21st Edition. John Wiley & Sons, New York.
Syed Sheikh Almashoor., 1990. Pengenalan Mineralogi Optik. DBP, Kuala Lumpur.
Nesse, W.D., 1991. Introduction to Optical Mineralogy. Oxford University Press.
Mackenzie, W.S. & A.E. Adams, 1994. A Color Atlas of Rocks and Minerals in Thin Section. John Wiley & Sons.


SG1143 GEOLOGI SEJARAH DAN STRATIGRAFI
Kursus ini mengandungi asas-asas sejarah bumi yang merangkumi perkembangan bumi dari usia Arkean hingga Kuartenari, termasuk tempoh geologi. Beberapa fenomena mengenai sejarah bumi juga akan dijelaskan termasuk pemuaian dasar laut, hanyutan benua, tektonik keping dan perkembangan hidupan. Kursus ini seterusnya akan membincangkan stratigrafi dunia, pengelasan stratigrafi, analisis stratigrafi, korelasi dan stratigrafi tempatan. Kursus ini melibatkan kerjalapangan selama 8 hari untuk mengenal jujukan batuan, sejarah pembentukan bumi dengan merujuk geologi tempatan.

Rujukan

Thompson, R.G., J. Turk & H. L. Levin, 1995. Earth Past & Present. Saunders Golden Sunburst Series.
Doyle, P., Bennett, M. R. & Baxter, A. N., 1994 The Key to Earth history: An Introduction to Stratigraphy. John Wiley & Sons.
Condie, K.C. & R. Sloan, 1998. Origin and Evolution of Earth: Principles of Historical Geology. Prentice Hall.
Emery, D., Myers, K. & G.B. Griffiths, 1996. Sequence Stratigraphy. Blackwell Science Inc.
Boggs, S., 1994. Priciples of Sedimentology and Stratigraphy. Prentice Hall.


SG 2023 FOTOGEOLOGI DAN KAEDAH PEMETAAN
Kursus ini membincangkan penggunaan gambar fotoudara, imej satelit dan imej radar dalam pembinaan peta geologi. Asas-asas pentafsiran fotoudara akan dijelaskan. Pembinaan peta geologi juga akan disokong oleh data dari kerjalapangan.

Rujukan

Allum, J.A.E., 1989. Fotogeologi dan Pemetaan Kawasan. Terjemahan oleh Johari Mat Akhir, DBP, Kuala Lumpur.
Marcolongo, B. & F. Mantovani, 1996. Photogeology: Remote Sensing Applications in Earth Sciences. Science Publishers Inc.
Barnes, J., 1995. Basic Geologic Mapping. 3rd Edition. Open University Press, Milton Keynes.
Ibrahim Komoo, Ibrahim Abdullah & Juhari Mat Akhir, 1989. Teknik Pemetaan Geologi. Penerbit UKM, Bangi.
Tucker, M.E., 1996. Sedimentary Rocks in the Field. John Wiley & Sons.


SG2113 GEOLOGI MALAYSIA DAN GEOLOGI RANTAU
Kursus ini membincangkan stratigrafi, struktur dan sejarah geologi Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah. Ia juga turut memberi pengenalan kepada geologi rantau khususnya kawasan Asia tenggara. Hubungan sumber-sumber bumi bersifat ekonomi (bijih, petroleum dan gas) dengan tektonik di rantau ini turut diperkenalkan.

Rujukan

Hall, R. & D.J. Blundell, 1996. Tectonic Evolution of SE Asia. Special Publication of the Geological Society, 106. Geological Society of London Pub.
Hall, R. & J.D. Holloway, 1998. Biogeography and Geological Evolution of SE Asia. Backhuys Publishers.
Hutchison, C.S., 1989. Geological Evolution of Southeast Asia. Clarendon Press, Oxford.
Gobett, D.J., dan Hutchison, C.S., 1973. Geology of the Malay Peninsula: West Malaysia and Singapore. John Wiley-Interscience, New York.
Sandal, S.T. (ed.), 1996. The Geology and Hydrocarbon Resources of Negara Brunei Darussalam. Brunei Shell.


SG2043 GEOKIMIA
Kursus geokimia akan menjelaskan asas-asas geokimia dan geokimia gunaan. Kursus seterusnya akan membincangkan mengenai geokimia bumi, sifat-sifat mibiliti, tekanan, suhu dan rajah perubahan. Ianya juga akan membincangkan mengenai magma feksik, magma basik, komposisi pigmatik dan aplit. Sifat-sifat geokimia dan taburan unsur-unsur pada batuan ignius, metamorfisme dan sedimen juga akan dibincangkan, ini termasuk kaitan geokimia dengan geokimia penjelajahan. Seterusnya akan mengemukakan geologi isotop yang merangkumi kaedah kajian dan kegunaanya dalam geologi. Pelajar juga akan di ajar mengenai prinsip-prinsip penjelajahan geokimia dengan menggunakan tumbuhan, tanah ,endapan sungai, air sungai dan batuan dasar. Pentafsiran statistik data dan kaedah analisis kimia sampel juga akan diperkenalkan.

Rujukan

Brownslow, A.H., 1995. Geochemistry. Prentice Hall.
Barnes, H.L., 1997. Geochemistry of Hydrothermal Ore Deposits. John Wiley & Sons.
Hawkes, H & J. Webbs, 1992. Geochemistry in Mineral Exploration. Harper, New York.
Jeffery P. and Hutchison, 1981. Chemical Methods of Rock Analysis. Pergamon Press, Oxford.
Konrad B.K & D.K. Bird. 1994. Introduction to Geochemistry. McGraw-Hill, Singapore.


SG 2053 GEOLOGI STRUKTUR
Kursus ini akan membincangkan prinsip asas canggaan batuan dan mekanisma pembentukan struktur-struktur tektonik seperti lipatan, lineasi, foliasi, kekar, retakan dan sesar. Pemerhatian, pencerapan dan pentafsiran struktur-struktur berkenaan di lapangan juga dibincangkan.

Rujukan

Park, R.G., 1997. Foundations of Structural Geology. Stanley Thornes Pub.
Hatcher, R.D. (Jr.), 1994. Structural Geology: Principles, Concept and Problems. Prentice-Hall.
Lisle, R.J., 1996. Geological Structures and Maps: A Practical Guide. Butterworth-Heinemann.
Twiss, R.J. & E.M. Moores, 1992. Structural Geology. WH Freeman & Co.
McClay, K.R., 1987. The Mapping of Geologic Structures. Geological Society Handbook, Open University, Milton Keynes.


SG2083 PETROLOGI
Kursus ini menerangkan pengkelasan dan asal-usul (genesis) batuan igneus keluarga volkanik dan plutonik. Batuan dan aspek yang dikaji merangkumi kompleks ofiolit; kompleks intrusi batuan igneus "berlapis"; basalt; andesit; granit; igneus alkali; igneus lampau dan kimberlit; kedudukan dan sempadan plet tektonik banjaran tengah lautan (MORB); arka kepulauan (IAT) ; dan antara keping (WPB-OIB). Ia juga menerangkan asal-usul pelbagai jenis batuan metamorf. Hubungan metamorfisme dengan proses tektonik turut dibincangkan.

Rujukan

Blatt, H. & R.J. Tracy, 1996. Petrology: Igneous, Sedimentary and Metamorphic. WH Freeman & Co.
McBirney, A.R., 1992. Igneous Petrology. Jones & Bartlett Pub.
Ragland, P.C., 1989. Basic Analytical Petrology. Oxford Univ. Press.
Miyashiro, A. 1994. Metamorphic Petrology. UCL Press.London.
Wilson, M. 1989. Igneous Petrogenesis - A Global Tectonic Approach. Unwin Hyman, London.


SG3013 GEOLOGI EKONOMI
Pengenalan sumber asli dari bumi yang boleh diterokai, termasuklah mineral bijih dan mineral industri. Perbincangan meliputi tajuk-tajuk genesis longgokan bijih, geologi longgokan bijih iaitu kaitan dengan batuan, taburan,struktur, sekitaran, didunia dan tempatan. Tajuk mineral industri meliputi geologi dan kegunaan, termasuk batu arang.

Rujukan

Evans, A.M., 1997. An Introduction to Economic Geology and Its Environmental Impact. Blackwell Science Inc.
Hutchison, C.S., 1996. Southeast Asia Oil, Gas, Coal and Mineral Deposits. Oxford Univ. Press.
Evans, A. M. 1989. Pengantar Geologi Bijih. Terjemahan oleh Wan Fuad Wan Hassan, DBP, Kuala Lumpur.
Evans, A.M. 1992. Ore Geology and Industrial Minerals. Third edition, Blackwell Science, London.
Berry, L.G, Mason, B. and Dietrich, R.V. 1995. Mineralogi-Konsep, Pemerihalan dan Penentuan. Terjemahan oleh Wan Fuad dan Kadderi Md. Desa. DBP, Kuala Lumpur


SG3053 GEOFIZIK
Kursus ini akan memberikan pengenalan terhadap beberapa kaedah penjelajahan geofizik yang pentying. Kaedak-kaedah penjelajahan geofizik yang akan disentuh adalah kaedah seismos, elektrik, graviti, kemagnetan, elektromagnet, pengutupan aruhan dan swa-keupayaan. Kaedah-kaedah ini merupakan kaedah utama dalam kajian bawah permukaan. Penjelasan penggunaan utama kaedah-kaedah di atas iaitu dalam penjelajahan sumber ekonomi, survei geologi, hidrologi, penyiasatan tapak kejuruteraan dan arkeologi turut dibincangkan. Teknik penggunaan beberapa kaedah lubang gerek geofizik akan juga disentuh. Penekanan juga akan diberikan kepada pemprosesan data, penyelesaian masalah dan pentafsiran termasuk membincangkan kes-kes kajian. Pelajar juga akan diperkenalkan kepada perkembangan teknik-teknik goefizik masa kini.

Rujukan

Lowrie, W., 1997. Fundementals of Geophysics. Cambridge Univ. Press.
Kearey P. and Brooks, M. 1991. An Introduction to Geophysical Exploration (2nd Edition) Blackwell Scientific Publications.
Abd. Rahim Samsudin 1990. Geofizik-Konsep dan Pengunaan. DBP. Kuala Lumpur
Robinson E.S. and Coruh. C. 1988. Basic Exploration Geophysics. John Wiley and Sons. Singapore.
Vogelsang, D., Forstner, K. & R.J. Murphy, 1994. Environmental Geophysics: A Practical Guide. Springer Verlag.


SG2123 SEDIMENTOLOGI DAN SEKITARAN SEDIMEN
Kursus ini akan membincangkan proses-proses dan agen-agen pengendapan dan pengangkutan batuan sedimen. Ianya merangkumi asal-usul bahan endapan, sifat-sifat dan tekstur butiran, struktur sedimen dan diagenesis batuan endapan. Analisis fasies serta pengenalan kepada sekitaran pengendapan juga dijelaskan.

Rujukan

Reading, H.G., 1996. Sedimentary Environments: Processes, Facies and Stratigraphy. Blackwell Science Inc.
Tucker, M.E., 1996. Sedimentary Rocks in the Field. John Wiley & Sons.
Pye, K., 1994. Sediment Transport and Depositional Process. Blackwell Scientific.
Davies, R.A, 1992. Depositional Systems: Introduction to Sedimentology and Stratigraphy. Prentice Hall.
Selley, R.C., 1995. Ancient Sedimentary Environments and Their Subsurface Diagnosis. Stanley Thornes Pub.


SG3023 GEOLOGI PETROLEUM
Kursus ini akan membincangkan sumber petroleum dan gas asli sebagai salah satu sumber bumi terpenting. Kursus ini dimulai dengan memperkenalkan sejarah penemuan petroleum dan struktur industri petroleum serta peranan ahli-ahli geologi dan ahli-ahli sains yang lain dalam industri petroleum. Beberapa tajuk penting dibincang termasuklah sifat-sifat kewujudan petroleum, kimia petroleum, teori asal usul petroleum, bahan organik dalam endapan, punca, diagenesis dan penjanaan petroleum dan gas asli, migrasi dan penumpukan, batuan reservoir dan batuan punca. Proses-proses pengendapan dan akumulasi petroleum, petrofizis dan analisis lembangan juga akan dibincangkan. Akhirnya kursus ini mengenalkan pelajar kaedah penjelejahan dan contoh kajian kes penjelejahan petroleum.

Rujukan

Selly, R.C., 1997. Elements of Petroleum Geology. Academic Press.
Laudon, R.C., 1996. Principles of Petroleum Development Geology. Prentice Hall.
Lerche, I., 1992. Oil Exploration: Basin Analysis and Economics. Academic Press.
Tiab, D.E. & E.C. Donaldson, 1996. Petrophysics: Theory and Practice of Measuring Reservoir Rock and Fluid Properties. Gulf Pub. Co.
Hunt, J.M., 1995. Petroleum Geochemistry and Geology. WH Freeman & Co.


SG3093 SAINS TANAH
Kursus ini membincangkan asal-usul pelbagai jenis tanah. Ini merangkumi faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukannya, kandungan tanah, sifat-sifat fizik dan kimia tanah, air tanah, pengkelasan tanah dan pemakanan tumbuhan. Turut ditekankan adalah kaedah penyiasatan tanah, penilaian dan pengkelasan keupayaan tanah serta hakisan tanah.

Rujukan

Rowell, D.L., 1994. Soil Science: Methods and Applications. Addison-Wesley Pub. Co.
Plaster, E.J., 1997. Soil Science and Management. Delmar Pub.
Brady, N.C., Weil, R.R. & R. Weil, 1998. Nature and Properties of Soils. Prentice Hall.
Foth, H.D., 1991. Fundementals of Soil Science. John Wiley & Sons.
Buol, S.W., Hole, F.D., McCracken, R.J. & R.J. Southard, 1997. Soil Genesis and Classification. Iowa State University Press.


SG 3063 GEOLOGI KEJURUTERAAN

Kursus ini membincangkan aspek-aspek geologi dalam bidang kejuruteraan seperti sifat fizik dan mekanik bahan bumi, penyiasatan geologi kejuruteraan dan pemetaan geologi kejuruteraan. Penggunaan pengetahuan geologi yang berkaitan dengan kestabilan cerun, penerokaan bahan binaan, penyiasatan dasar bangunan dan pembinaan lebuh raya, empangan, terowong dan perancangan rantau. Di samping itu beberapa aspek mekanik tanah dan mekanik batuan akan diperkenalkan.

Rujukan

Waltham, A.C & T. Waltham, 1994. Foundations of Engineering Geology. Blackie Academic & Professional.
Rahn, P.H., 1996. Engineering Geology: An Environmental Approach. Prentice Hall.
Beavis, F.C. 1992. Geologi Kejuruteraan. (Terjemahan oleh Ibrahim Komoo dan Tajul Anuar Jamaluddin). DBP, Kuala Lumpur.
Budhu, M., 1999. Soil Mechanics and Foundations. John Wiley & Sons.
Galparin, A.M., Zaytsev, V.S. & Yu. A. Noravtov, 1993. Hydrogeology and Engineering Geology. Balkema Publishers.


SG 3083 GEOLOGI PERSEKITARAN
Kursus ini membincangkan persekitaran berdasarkan penilaian secara kaedah geologi. Ia akan memberi penekanan kepada kesan-kesan terhadap persekitaran disebabkan oleh pengeksploitasian dari sumber-sumber bumi. Kaedah-kaedah penyiasatan dan penilaian, persembahan data dan kaedah penulisan laporan turut dibincangkan. Kursus ini akan menyediakan beberapa contoh kes untuk membincangkan sumbangan sains bumi terhadap pemuliharaan alam sekeliling dan pembangunan mapan.

Rujukan

Keller, A. Edward, 1999. Environmental Geology. 8th Ed. Macmillan Pub. Co.
Montgomery, C.W., 1997. Environmental Geology. WCB/McGraw-Hill.
Murck, B.W., Skineer, B.J. & P.C. Poster, 1996. Environmental Geology. John Wiley & Sons.
Coch, N.K., 1994. Geohazards: Natural and Human. Prentice Hall.
Hsai-Yang fang, 1997. Introduction to Environmental Geotechnology. CRC Press.


SG3213 PROJEK I and SG3233 PROJEK II
Projek penyelidikan mengenai satu tajuk tertentu dan dilakukan sepanjang dua sesi akademik di bawah penyeliaan seorang pensyarah. Kursus termasuk pembentangan cadangan dan hasil penyelidikan dalam bentuk seminar, penulisan disertasi yang mengandungi ulasan kepustakaan, metodologi, hasil dan perbincangan.



SG3253 LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIKUM
Pelajar akan ditempatkan di sebuah industri atau kawasan penyelidikan selama sekurang-kurangnya 10 minggu di bawah penyeliaan seorang penyarah. Latihan ini akan dinilai dan pelajar diminta menyediakan satu laporan bertulis setelah selesai latihan industri itu.


0 comments: