? ??????????????Purple Dreams? ????? ?? ???Rating: 4.6 (18 Ratings)??3 Grabs Today. 22426 Total Grabs. ???
???Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Future Stars Will Be Dim? ????? ?? ???Rating: 4.3 (3 Ratings)??2 Grabs Today. 7193 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????M BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday 17 November 2009

2012




BUMI TIDAK PERNAH DIAM
WARNING!!! Tgk dlu filem 2012 baru best baca artikel ni =P
2012? Not the end of the world?

Allah SWT telah berfirman :
“Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal ia berjalan sebagai jalannya awan. (Begitulah) perbuatan Allah yang membuat dengan kukuh tiap-tiap sesuatu; sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kamu kejakan.” (QS. An Naml, ayat : 88)

"Dan gunung benar-benar berjalan" ( QS. Ath Thuur ayat : 10 ).

Berdasarkan firman Allah SWT itu (sebenarnya banyak lagi firnan-firman Allah SWT di dalam al-Quran berkaitan dengan pergerakan benua) ini jelas membuktikan bahawa daratan yang sedang kita duduki dengan aman sekarang ini sebenarnya tidak pernah berdiam diri. Ianya sentiasa bergerak tanpa kita sedari. Pergerakan2 ini dikenali dengan Hanyutan Benua (Continental Drift) akibat daripada pergerakan tektonik keping (Plate Tectonic Movement).



Teori mengenai hanyutan benua ini telah dikemukakan oleh Alfred Lothar Wegener (1880-1930). Beliau menyatakan bahawa kerak bumi sentiasa dan akan selalu bergerak seperti rakit. Salah satu bukti terkuat Wegener menyatakan bahawa kedua bentuk garis pantai sebelah menyebelah Lautan Atlantik Selatan (Amerika Selatan dan Afrika) adalah sepadan. Keadaan geologi di kedua pantai antara Amerika Selatan dan Afrika didapati hampir sama dan saling mempunyai kaitan sedangkan kedua-dua negara tersebut terpisah oleh Lautan Atlantik.



Kenyataan ini membuatkan Wegener membuat kesimpulan bahawa pada masa dahulu iaitu kira-kira 200 juta tahun yang lalu di Bumi ini hanya terdapat satu daratan yang luas sahaja yang menjadi asal permulaan semua daratan yang terdapat di Bumi pada masa kini. Dataran itu dikenali sebagai Pangaea. Pada masa itu daratan Afrika dan Amerika Selatan masih tercantum menjadi satu. Amerika utara pula tercantum dengan daratan Eropah/Asia yang terletak di sebelah utara Bumi dan di sebelah Selatannya adalah daratan Afrika dan Antartika. Benua Australia pula masih bercantum dengan Antartika. Yang paling menarik dan istimewa pula ialah daratan yang pada masa kini dikenali sebagai India terletak jauh dari Asia tapi dekat dengan Antartika. 20 juta tahun kemudian telah terjadi satu peristiwa dan perubahan yang dahsyat yang menyebabkan daratan retak dan membentuk bahagian-bahagian yang mula terpisah dan bergerak sendiri saling menjauhi. Peta Bumi pun berubah. Daratan terpecah menjadi 2 bahagian besar yang mana di bahagian utara dikenali sebagai Laurasia manakala di bahagian Selatan pula dikenali sebagai Gondwana (Gondwanaland). Daratan yang kini menjadi Eropah/Asia bergerak ke arah Utara. Amerika Selatan yang dahulunya bercantum dengan Afrika, Amerika Utara dan Eropah mulai terpisah dan bergerak ke arah Barat.
Perubahan yang jauh lebih hebat lagi berlaku pada 180 juta tahun berikutnya di mana perubahan yang membentuk rupa Bumi kita seperti sekarang ini. Amerika Utara dan Selatan bertemu dan menjadi satu daratan yang terpisah dari Eropah dan Afrika. Ekoran daripada itu lahirlah Lautan Atlantik. Daratan India pula bergerak terus ke arah Utara setelah menempuh jarak 9 000 kilometer akhirnya bertemu dan bercantum dengan daratan Asia. Peristiwa percantuman ini juga melahirkan Pergunungan Himalaya yang dikenali sebagai bumbung dunia. Begitu juga dengan daratan Australia yang semakin menjauhi Antartika dan sebaliknya mendekati Asia. Dengan terjadinya pergeseran itu lahirlah Lautan Indonesia dan Laut Tengah. Daratan Eropah dan Asia tetap bercantum. Afrika yang terpecah sedikit pada bahagian Timurnya melahirkan Pulau Madagaskar. Manakala Antartika kelihatan tidak bergerak dari tempatnya.
Pendapat Wagener yang mengandaikan bahawa Bumi ini seolah-olah bergerak kemudiannya disokong pula oleh teori-teori baru yang dikenail dengan teori tektonik keping (Plate Tectonics Theory).
Permukaan Bumi terdiri daripada beberapa kepingan besar berukuran benua, masing-masing terdiri daripada bahagian lautan (oceanic) dan daratan (continential) yang bergerak secara relatif antara satu dengan yang lain, ketebalan setiap kepingan kira-kira 80 kilometer. Kelajuan pergerakan relatif kepingan-kepingan ini kira-kita antara 1 sehingga 13 sentimeter per tahun. Kepingan ini dapat bergerak kerana adanya suhu panas di bahagian dalam (interior) Bumi yang menyebabkan arus perolakan (convection) yang pada permukaan terlihat sebagai perpindahan horizontal.

Berdasarkan teori itu, besar kemungkinan pada masa akan datang benua Antartika akan tetap berada di tempatnya sekarang, tetapi mungkin berputar-putar seperti jarum jam. Lautan Atlantik dan Lautan Indonesia akan melebar semakin luas. Daratan Australia akan bergerak semakin ke Utara manakala Afrika akan kehilangan kepingannya untuk membentuk Madagaskar-Madagaskar baru. Sebahagian daripada California akan terlepas dan bergerak ke arah Barat Laut. Los Angeles akan tenggelam dan Kepulauan Nusantara akan tersepit kerana pergerakan Benua Australia ke arah Utara dan kemungkinan besar juga akan melanggar Benua Asia.

Demikianlah Bumi bergerak dan terus bergerak, seperti firman Allah SWT pada ayat-ayat Quran seperti yang telah dinyatakan di atas. Ini juga menunjukkan salah satu bukti bahwa Quran benar-benar wahyu Illahi, bukan buatan manusia, kerana rahsia tersebut baru terungkai oleh sains pada abad ke-20 ini.

JADI? Dah tengok cerita 2012 tak? Sama tak macam teori hanyutan benua ni? Tidak mustahil suatu masa nanti benua-benua kita akan bergerak dan menukar kedudukannya kan. So semua dah ready ke ni dengan bahtera mcm dalam kisah Nabi Nuh AS ataupun dengan kapal angkasa untuk kita pindah ke planet lain? Atau jalan yang paling mudah taubat dan buat pahala lah banyak2 kalau dah tahu hayat kita di dunia ni tak panjang lagi.

2 comments:

mohamad suhaimey razin said...

spt pnulis katakan bahawa 2012 bukan pengakhiran bagi dunia..saya juga katakan ya.Apa yg blaku dulu bdasarkan teori hanyutan benua dan apa yag diceritakan dalam Al Quran,adalah merupakan satu proses pergerakan bumi(benua) yg blaku dr masa ke semasa.mkin bumi akan mgalami satu lagi pgerakan dunia baru yg mbentuk benua2 baru hasil drpd pgrakan benua ini.mkin benua x lg spt skg..siapa tau kan..mkin sabah akan bsambung dgn filipin.klu ni blaku cpt2 la sy brenang ke smjung.mklumlah mau jd org msia..hehe.mkin jg kt tenggelam..tp utk ktakan dunia berakhir,ia rasanya x..pa pun psdiaan mhdpi smua musibah itu pting.hrp2 lum lg tmt la..mau kwin lu ngan pnulis ni bru la.hehehe.apa pun kt bserah kpd ktentuannya.kt x tau bla kiamat tu dtg.Allah saja yg tahu.sdgkan nabi x tau,ttpi nabi tlh nmpk akan bhya2 d hdpan yg x tau bla.so pa pun kt bsdia dan bykan bdoa.kmbali ke jlnnya..i love u penulis artikel ni...hehehehe

mohamad suhaimey razin said...

ni komen luar tajuk mrs.jiemie..psl gol maya bkenaan kajian mereka kiamat 2012

Benar atau pun tidak kita hanya perlu bersedia menghadapinya.Tetapi untuk mengatakan dan meyakini bahawa kajian itu betul,kita tidak boleh 100% mengatakan bahawa ia adalah benar.Kita perlu berpegang kepada fakta atau apa yang terkandung dalam Al-Quran dimana ketibaan kiamat itu tidak diketahui oleh sesiapa pun kecuali Allah yang maha esa.Kita perlu kenal siapa itu golongan maya dan adakah golongan ini boleh dianggap golongan yang profesional dalam membuat pengkajian.Kita tidak boleh nafikan motif-motif mereka yang lain dalam menyatakan sesuatu idea atau perkara.Kajian demi kajian dibuat oleh umat manusia dalam merungkaikan rahsia-rahsia kiamat dan tidak ada satu kajian yang boleh katakan bahawa ia benar kerana ia cuma kajian dan kajian adalah analisis awal dan sesuatu analisis awal itu tidak semestinya tepat.Kadang2 sains boleh buktikan dan kdg2 hipotesis juga boleh ditolak.Namun apa pun kita berterima kasih kepada golongan maya kerana bersusah payah untuk membuat satu fakta berkenaan kiamat meskipun ia cuma kajian tetapi sekurang-kurangnya ia memberi buah fikiran kepada kita supaya kita berfikir dan meneroka rahsia-rahsia alam.Tapi INGAT jangan terus mengatakan ia benar kerana ia cuma kajian.Apa pun teruskan berfikir dan membuat kajian.Sekurang-kurangnya kita menyumbang kepada kajian-kajian berkenaan alam..fikir2 kan dan selamat beramal...:-)